About Us

Visi

PENERAJU PROGRAM CELIK AL-QURAN

Misi

Memandaikan Umat Islam Membaca Al-Quran Secara Bertajwid Dengan Menggunakan Kaedah Haraki

Matlamat

Program ini adalah sebagai alternatif dalam membantu umat Islam yang lemah dalam pembacaan al-Quran dengan menggunakan kaedah yang cepat, mudah dan menarik supaya mereka boleh membaca al-Quran bertajwid.

Motto

Oleh kerana belajar dan mengajar al-Quran ini mudah dan cepat berdasarkan firman Allah SWT:

Maka motto kami ialah :

“BERSAMA MEMANDAIKAN UMAT ISLAM MEMBACA AL-QURAN”

 

Sejarah Penubuhan

Kaedah Haraki telah di cipta pada Mac 2013. Ia bermula apabila Hj. Zakaria Nasirudin cuba mengajar dua orang pelajarnya di IPG Kampus Ipoh Perak yang baru memeluk agama Islam membaca al-Quran. Tanpa diduga kaedah dan teknik yang digunakan telah berjaya membantu dua pelajarnya membaca al-Quran secara bertajwid dalam masa lebih kurang 8 jam. Kemudian beliau telah diminta untuk menyertai pertandingan inovasi di peringkat negeri Perak sempena sambutan Hari Guru JPN Perak 2013. Dalam pertandingan tersebut beliau telah berjaya meraih pingat emas.

Bermula dari kemenangan tersebut beliau telah menyertai beberapa pertandingan lagi di peringkat Antarabangsa 2013 & 2016 dan Asia 2015.

Nama “Haraki” diambil daripada perkataan bahasa arab yang bererti pergerakan. Istilah ini diambil kerana pengajaran al-Quran kaedah haraki bnyak menggunakan pergerakan anggota badan terutama pergerakan tangan. Pergerakan tangan digunakan untuk memudahkan pelajar memahami dan mengingat pelajaran yang disampaikan samada di peringkat asas itu mengenal huruf hijaiyah hinggalah di peringkat mengenal bacaan bertajwid.

Pembelajaran secara aktif ini menjadikan kaedah haraki lebih menarik dan berkesan.

 

 

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2020
Powered with
by AVANA
Click Below To Share