DVD Asas Haraki - USRAH HARAKI SDN BHD
Double Tap To Zoom
DVD Asas Haraki
MYR 100.00 MYR 120.00
Quantity
Estimated Delivery Time
3-7 Days

DVD ini dihasilkan adalah untuk memudahkan pelajar memahami setiap huruf hijaiyah al-Quran. Penguasaan huruf hijaiyah dalam al-Quran sangat penting. Ia adalah asas dalam mempelajari al-Quran.  Seseorang itu sukar untuk membaca al-Quran dengan lancar apabila mereka tidak mengenal dengan baik huruf hijaiyah. Ia bertambah keliru apabila huruf hijaiyah tersebut bersambung.

 

Jika menggunakan kaedah biasa, pelajar akan diminta untuk menghafal setiap  huruf hijaiyah dengan melakukan latih tubi dan pengulangan sebutan.Huruf hijaiyah disebut berulangkali supaya pelajar boleh mengingat huruf tersebut. Kaedah Haraki menggunakan pendekatan yang tersendiri supaya pelajar boleh mengecam dan mengingat huruf hijaiyah walaupun huruf tersebut dalam keadaan bersambung. Pendekatan yang digunakan adalah dengan menggunakan pergerakan anggota badan. Pelajar diminta melakukan pergerakan bersama dengan pergerakan guru. "Learn by doing".

Selain dari itu setiap  huruf mempunyai cerita tersendiri. Kaedah Haraki banyak menggunakan kaedah bercerita kerana pihak kami yakin kaedah bercerita boleh menarik minat pelajar dan memudahkan ingatan.

Dalam DVD ini ditunjukkan lebih dari 28 pergerakan tangan termasuk nyanyian untuk menjadikan pembelajaran al-Quran lebih menarik dan menyeronokkan.

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2020
Powered with
by AVANA
Click Below To Share