Kelas al-Quran Tadarus - USRAH HARAKI SDN BHD
Double Tap To Zoom
Kelas al-Quran Tadarus
MYR 100.00
Tempat
Quantity
Estimated Delivery Time
Estimated Delivery Time

Matlamat utama kelas mingguan Haraki adalah memudahkan pelajar membaca al-Quran secara bertajwid menggunakan kaedah Haraki.

Kaedah Haraki adalah kaedah pembelajaran al-Quran dalam masa yang cepat, mudah dan santai oleh  Hj. Zakaria Nasirudin, mantan pensyarah di Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh. Kaedah ini merupakan hasil penyelidikan dan pemerhatian terhadap beberapa kaedah belajar asas membaca Al-Quran dan perbincangan telah dibuat bersama guru-guru al-Quran yang berpengalaman.

Pengajaran dan pembelajaran al-Quran menggunakan kaedah Haraki menjadikan suasana dan pembelajaran menjadi aktif (active learning) dan secara tidak langsung membolehkan pelajar membaca al-Quran dengan bertajwid.

Kaedah ini telah berjaya memenangi beberapa Anugerah Emas dalam Pertandingan Inovasi Peringkat IPGM, Negeri dan Antarabangsa. Pada 23 May 2015 Hj Zakaria telah terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara 2015 dan telah memenangi Anugerah Emas di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (iTEX 2015)

Berikut merupakan modul untuk kelas tadarus :-

Modul 1 (4 minggu)
- 13 tarian tajwid

 

Modul 2 (4 minggu)
- al-Quran (surah pendek)

 

Modul 3 (4 minggu)
- al-Quran (surah panjang)

 

Modul 4 (4 minggu)
- bertadarus

 

*Bulanan RM150 akan dibayar secara manual di Haraki Centre 

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2020
Powered with
by AVANA
Click Below To Share